Assalamualaikum puan, selamat pagi....
Hai....nama saya Norhidayah binti Amir Hamzah dari program Komunikasi di Universiti Utara Malaysia. Saya berasal dari Terengganu dan mempunyai 4 orang adik beradik. Masa umur saya 7 tahun, saya bersekolah kat Sek. Keb Bukit Sawa...kemudian saya bersekolah di Sek. Men. Agama Khairiah. Lepas tingkatan 5 saya melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Bharu. Ni gambar saya masa Hari Raya Puasa tahun lepas.
Ida mempunyai 4 orang adik beradik, 2 orang kakak dan seorang adik. 2 orang kakak ida dah berkahwin dan ida mempunyai 4 orang anak saudara. Ida adalah anak ketiga. Adik bongsu ida sedang menuntut di Politeknik Kota Kuala Terengganu.Emak dan ayah ida sudah tidak bekerja.
Semua orang pasti ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan...samalah macam ida. Pengalaman yang paling tidak ida lupa ialah pengalaman lawatan ke Sarawak. Nilah pertama kali ida naik kapal terbang. Mula-mula tu takutlah juga tapi bila dah kat atas awan tu...seronoklah pulak. Lebih-lebih lagi masa nak mendarat tu....wah seronok sangat. Lawatan tu bawah seliaan kelas kami masa di Politeknik Kota Bharu dahulu. Seronok!! Banyak sangat tempat yang kami lawati, antaranya "Water Front" dan Muzium Kuching. Kami berada di sana selama 4 hari 3 malam dan menginap di hotel. Pada mulanya kami bercadang ingin menginap di asrama Politeknik Kuching tetapi atas alasan yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa menginap di hotel sahaja. Pada hari pertama sampai di Sarawak, ida demam kerana perubahan cuaca, tetapi nasib baik sehari je, kalau tidak rugilah ida.Ni gambar ida dalam kapal terbang...dalam penerbangan ke Sarawak.
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)