MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
IMPAK TERHADAP PERUBATAN
Video conferencing adalah satu teknologi multimedia yang berguna untuk teleperubatan dan permohonan telenursing, diagnosis, perundingan, transmisi imej-imej perubatan, dan sebagainya. Teknologi multimedia ini dilengkapi dengan staf yang terlatih perubatan sepenuhnya menggunakan sistem komputer dan alat diagnostik serta teraputik yang tercanggih.
Ia menyediakan perubatan dan perkhidmatan yang maju dan berdaya saing antaranya non-invasive coronary angiogram, conventional angiogram, balloon angioplasty, stent implantation secara pesakit luar. Juga menyediakan pemeriksaan dan procedur canggih untuk mendapat hasil laporan yang paling tepat yang akan membantu pelanggan dalam merancang rawatan yang paling baik, dari mengawal risiko penyakit kepada non-invasive dan invasive angiogram koronari, ballon angioplasty, stent, EECP, dan sebagainya.
http://www.youtube.com/watch?v=TvrtxwYY6BE
IMPAK TERHADAP PERNIAGAAN
Komunikasi jarak jauh atau video conferencing ialah teknologi yang menggunakan video dan suara dan paparan grafik serta pertukaran data. Internet berkelajuan tinggi menjadi semakin meluas dan boleh di peroleh dengan kos yang berpatutan.Penerimaan dan penggunaannya masih berada diperingkat rendah, namun begitu terdapat beberapa bidang yang mengaplikasikannya dan menjadikannya sebagai pemudah cara.
Misalnya dalam bidang perniagaan video conferencing membolehkan individu yang berada di tempat yang jauh mengikuti mesyuarat-mesyuarat. Masa dan wang yang digunakan untuk perjalanan dapat di kurangkan dengan hanya mengadakan mensyuarat melalui videoconferencing. Teknologi ini juga digunakan untuk bertelekomunikasi, di mana pekerja-pekerja dari rumah dapat berhubung dengan majikan.
IMPAK TERHADAP UNDANG-UNDANG
Disamping itu, dalam bidang kehakiman dan perundangan video conferencing turut membantu. Video conferencing telah dibenarkan untuk digunakan oleh individu yang tidak dapat menghadirkan diri secara fizikal. Dalam satu penyelidikan tentera dalam North Carolina, saksi-saksi orang Afghanistan telah menampilkan diri untuk memberikan keterangan dalam proses mahkamah dengan menggunakan video conferencing.
IMPAK TERHADAP PENDIDIKAN
Tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan. Video conferencing menyediakan peluang belajar untuk para pelajar dalam 2 cara platform komunikasi. Tambahan pula, guru-guru dan pensyarah-pensyarah dari seluruh dunia dapat mengajar tanpa menghadirkan diri di kelas-kelas.Antara contoh bagaimana video conferencing boleh memanfaatkan pelajar di kampus :
Ø Fakulti boleh terus berhubungan dengan kelas pada satu persidangan.
Ø Tetamu pensyarah boleh terdiri daripada institusi pengajian yang berbeza.
Ø Penyelidik bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja di institusi lain tanpa membazirkan masa
untuk perjalanan
Ø Teleseminar