Friday, April 3, 2009
Elemen Multimedias - Grafik
Grafik juga dikenali gambar dan selalu dikaitkan dengan lukisan. ia digunakan untuk visual dalam sesuatu persembahan kerana mampu menerangkan sesuatu informasi dengan berkesan dan menjadikan sesuatu penyampaian atau persembahan menjadi lebih menarik. Grafik komputer pula merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer. imej komputer merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang kompleks seperti fractal.
Grafik digunakan untuk menerangkan konsep yang tidak dapat diterangkan oleh teks. Juga boleh menukar atau meminda imej pada skrin komputer dengan mudah berbanding dengan sekeping kertas. Terdapat dua kategori grafik iaitu bitmap dan vektor. 1 bit bersamaan 2 warna iaitu hitam dan putih. 2 bit menghasilkan 4 warna, manakala 4 bit akan menghasilkan 16 warna dan 24 bit mampu menghasilkan 16,777,216 warna. Ini memudahkan kerja-kerja golongan profesional seperti jurutera, arkitek dan pereka hiasan dalaman dalam menghasilkan kerja-kerja mereka.
Grafik mempunyai piawaian tertentu yang bermaksud format fail yang sesuai bagi sesebuah imej atau grafik. Antara piawaian atau format yang biasa digunakan ialah GIF, EPS, TGA, PICT, TFF, BMP, WMF dan JPEG. Jenis-jenis grafik pula ialah Graf/Carta, Fotograf, Diagram, Kartun dan Lukisan. Terdapat beberapa perkara yang mempengruhi kualiti sesuati grafik. Antaranya:
1) Saiz Imej
2) Kedalaman Warna (Colour / Bit Depth)
3) Resolusi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment