Elemen Multimedia - Grafik, Audio dan Video
Grafik
Grafik
Contoh grafik
Grafik juga dikenali gambar dan selalu dikaitkan dengan lukisan. ia digunakan untuk visual dalam sesuatu persembahan kerana mampu menerangkan sesuatu informasi dengan berkesan dan menjadikan sesuatu penyampaian atau persembahan menjadi lebih menarik. Grafik digunakan untuk menerangkan konsep yang tidak dapat diterangkan oleh teks. Juga boleh menukar atau meminda imej pada skrin komputer dengan mudah berbanding dengan sekeping kertas. Terdapat dua kategori grafik iaitu bitmap dan vektor.
Grafik mempunyai piawaian tertentu yang bermaksud format fail yang sesuai bagi sesebuah imej atau grafik. Antara piawaian atau format yang biasa digunakan ialah GIF, EPS, TGA, PICT, TFF, BMP, WMF dan JPEG. Jenis-jenis grafik pula ialah Graf/Carta, Fotograf, Diagram, Kartun dan Lukisan.
Audio
Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan membantu proses penyampaian persembahan agar ia lebih mantap dan berkesan. Audio adalah bunyi dan ia digunakan untuk penyampaian maklumat dengan lebih berkesan. Merupakan sumber media yang lebih dinamik serta efektif berbanding dengan grafik. Elemen audia dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Contohnya, penggunaan suara latar dan kesan audio istimewa. Penggunaan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam sesebuah aplikasi harus dielakkan bagi mengelakkan kebosanan audian. Saiz sampel atau kadar sampel yang sesuai perlu dititikberatkan bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio.
Video
Video merupakan elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding grafik, teks dan audio. Ia juga sebagai sumber penyimpanan informasi dan rujukan yang amat berkesan kerana menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain daripada itu, video juga mampu membawa unsur realisti atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

No comments:
Post a Comment